setanggibiru@ hati lara.............

tiada niat menagih simpati orang tetapi apa yang tertulis hanyalah luahan perasaan semata-mata... menulis di blog hanyalah untuk melepaskan rindu di hati buat arwah suami tersayang Adnan Bin Harun

Wednesday, July 7, 2010

aku sayang dia


aku sangat menyayangi lelaki ini...dia hadir dalam hidupku sungguh pantas...tapi dia ikhlas menerimaku dan menyayangiku...
tapi takdir Allah siapa yang tahu...
aku kehilangannya tanggal 24.10.2009 ...dia tinggalkan aku dan anak2 buat selama-lamanya...
hanya 6 tahun aku berpeluang hidup bersamanya...
abang...imah rindukan abang....

20 Comments:

Blogger Sarimah Ramli said...

kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari DIA datangkan petir dan kilat. kita bersedih dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah....ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kita kesenangan sekiranya kita tabah dan berusaha........

July 8, 2010 at 12:44 AM  
Blogger Sarimah Ramli said...

selamat hari jadi untuk diriku sendiri...tahun ini pertama kali aku menyambutnya tanpa dia di sisi...ingt lagi hari jadi aku yg ke 32 dia terlupa wish utkku...aku merajuk...25hb/7 dah tak terdaya nk simpan rajukku aku melepaskan dengan kemarahan...tapi ternyata dia mmg benar2 lupa..kerana sibuk memikirkan rumah yg ingin dibelinya untuk aku...tapi ternyata dia tk sempat menguruskan soal rmah itu untuk aku n anak2 kerana dia terlebih dahulu pergi meninggalkan aku n anak2...apa dayaku Ya Allah...

July 22, 2010 at 12:14 AM  
Blogger Sarimah Ramli said...

aku ingin menjadi wanita yg kuat...tabah mengharung segala cabaran yg datang...aku ingin jadi ibu yg terbaik utk anak2ku...memberi yg terbaik utk diriku dan ibu bapaku...
walaupun begitu banyak yg datang...begitu banyak onak n duri yg terpaksa aku ketempuhi setelah dia tiada namun aku tahu ini adalah ujian utk aku...Allah tahu aku mampu menghadapinya...bukankah aku terpilih utk diuji?

July 22, 2010 at 12:17 AM  
Blogger Sarimah Ramli said...

Tuhanku...tabahkan hatiku

July 22, 2010 at 12:21 AM  
Blogger Sarimah Ramli said...

aku ingat lagi hari2 terakhir dia berada di rumah...dia tk boleh tidur...batuk tak berenti..aku sandarkan dia dibahuku...aku tepuk dan nyanyikan selawat untuknya...dapatlah dia tidur sekejap...aku dodoikan dia mcm aku dodoikan anakku...
dan di waktu tgh hari aku terlelap sekejap di dlm bilik...dia ada kt luar masa tu..bila terjaga aku terus pergi padanya...dia tanya aku " sayang pergi mana? abang cari sayang.."aku rasa bersalah sangat meninggalkan dia waktu tu..

July 22, 2010 at 1:08 AM  
Blogger Sarimah Ramli said...

semalam hari jadinya...19.8.2010....tapi kini dia sudah tiada...
sedihnya hati hanya Tuhan yang tahu bila aku cakap pada along dan adik..hari ni hari jadi abah. terus diaorang baca fatihah...tanpa aku suruh pun...airmata terus menitis tanpa dapat aku tahan...along cakap kita bagi hadiah fatihah kat abah...
Ya Allah berilah aku kekuatan.....

August 19, 2010 at 5:08 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

pertama kali menyambut ramadan tanpa dia di sisi. nasib baik ada anak2 yang menemani.alhamdullilah...anak2 mampu berpuasa biarpun tanpa abahnya di sisi memberi galakan...
hari pertama dan kedua diaorang puasa sampai petang..hari ketga dah boleh puasa penuh..alhamdullilah....aku sendiri pun tak sangka...anak2 aku kuat sebenarnya...
melihat kekuatan anak2 berpuasa tanpa abahnya aku menjadi semakin kuat...dan aku perlu kuat untuk anak2ku.

August 19, 2010 at 5:15 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

aku mengharapkan kehadiran ramadan dan syawal membawa kebahagiaan utkku dan anak2...

August 19, 2010 at 5:17 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

ditengah seronok mendengar cerita teman2 tentang langsir tiba-tiba aku teringat pada dia..rasa rindu tiba2 mengamit hati..
ingat lagi aku beria2 menyiapkan langsir baru..siap sekeping terus letak kat pintu bilik...masa tu aku baru siapkan langsir utk pintu tengah..pintu nk ke dapur...dah siap pasang aku kira dah ok lah kot...dia datang tengok and testing lalu..dia buat gaya jalan terkedek2 sbb langsir tu rendah sangat..dia kena tundukkan kepala dia nk lalu...aku ketawa bagai nak rak..kelakar sangat...berapa kali dia buat depan anak2...aku ketawa..dan ketawa...kelakarnya masa tu...
Tuhan aku rindukan dia...

tiada tempat untuk aku mencurahkan rasa rindu..kawan2 setakat ktawa saja...

cinta dan kasih sayang untuknya tetap aku simpan dalam lubuk hati yang paling dalam...

dia orang yang sangat sederhana...merendah diri...mek dan ayah sangat sayangkannya...kadang2 aku merungut ayah lebih sayangkan menantu dari anak sendiri...

dia cukup suka nasi dagang kak ani...tiap kali balik kg request dgn kak ani masak ns dagang utknya...makan bertambah2...

last2 aku belajar...masak nasi dagang.1st try lauk tip top menjilat jari...nasi kureng sikit...lupa tambah air kukus..nasi bau hangit...2nd time lauk santan tak berapa lemak...yang ketiga baru menjadi....

kali terakhir aku masak nasi dagang raya 2009..raya yang terakhir bersamanya...tapi dia tak makan pun...

tuhan...berilah aku kekuatan....

August 24, 2010 at 1:06 AM  
Blogger masyitah said...

assalamualaikum kak.rasanya mungkin kak mah tidak ingat saya.tapi tak pe bukan perkenalan yang penting di sini tapi doa dan ucapan Subhanallah...betapa besar dan hebatnya ujian hidup kak mah.moga rohnya bersama golongan yang beriman.saya faham kerana saya pun baru kehilangan ayahanda tercinta hari raya ke-4 baru2 ni.tabah dan sabar insyaallah janji hebat untuk hamba-Nya yang diuji.....

October 12, 2010 at 7:45 AM  
Blogger Sarimah Ramli said...

masyitah:
kak mah ingat la awak...dulu bakal nk jadi anak sedara...
mintak maaf lama tak bukak blog...kak mah menulis hanya untuk meluahkan rasa hati...bukan utk menagih simpati sesiapa..
apapun...terima kasih kerana doakan yang terbaik untuk kak mah...

January 6, 2011 at 5:35 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

hidup ini sangat menyedihkan...

hari ini aku merasaka sungguh sunyi...melihat rintik2 hujan yang tidak putus2 turun itulah titis2 rindu ku pada dia...

January 6, 2011 at 5:42 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

sudah setahun dia pergi...

rindu ini semakin menebal...

January 6, 2011 at 5:44 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

benarlah kawan ketawa senang dicari...
sesungguhnya aku mencari seorang teman yang mampu meminjamkan bahunya untuk aku menangis...yang ada hanyalah teman-teman yang tidak memahami..

January 12, 2011 at 7:44 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

aku sepatutnya tahu tiada sesiapa pun perlu aku luahkan rasa hatiku...hatiku yang sunyi tanpa dia di sisi...
tapi mengapa aku terlalu baik dengan orang lain sehingga inilah yang aku dapat...

tak apalah inilah pengajaran untuk ku...kerana yang pastinya tiada sesiapa pun yang akan memahami aku...

January 16, 2011 at 11:29 PM  
Blogger masyitah said...

benar kak....tiade siapa akan memahami kita.akak beruntung kerana masih memiliki orang tua yang memahami akak.Allah Maha Adil...akak diduga kehilangan kasih seorang suami tapi masih ada org tua yang memahami.dugaan hidup sy sama perit dengan akak.minta jauh diduga sedemikian tapi sy difitnah oleh keluarga sendiri.hidup terkontang kanting membawa diri bersama suami.itulah hikmah paling besar buat anak saudara akak (RODZE).dari hidup derita dengan saya Allah anugerahkan hidup yang bahagia bersama isteri dan anak-anaknya sekarang ini.Alhamdulillah atas segala-galanya kerana Allah Maha Mengetahui...hayatilah setiap 99 nama Allah yang agung......

January 22, 2011 at 11:44 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

masyitah
tuhan menguji kita dlm pelbagai bentuk...akak sendiri mengharapkan agar akak akan terus belajar meredhai pemergian arwah...inilah dugaan kita sbenrnya...
sukarnya hidup bergelar janda...sering dipandang serong oleh masyarakat...
akak doakan masyitah bahagia biar apapun keadaan masyitah sekarang...

May 27, 2011 at 12:28 AM  
Blogger masyitah said...

Terima kasih atas doa akak...
Moga kita sentiasa tenang dalam menghadapi ujian dan dugaan ini...moga kita mendapat 'markah' bonus dalam keredhaan kita terhadap uian iman ini....insyaallah...
Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka....

August 15, 2011 at 6:02 AM  
Blogger ...alynna said...

Salam. Saya orang baru di sini. Secara tak sengaja jumpa blog ni. Apa kabar sekarang nie ek? Kita senasib cuma saya baru saja kehilangan suami tercinta. Apa2 pun diharap kita berdua sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini. Hanya Allah tahu pe yg terbaik buat kita.

July 16, 2012 at 7:59 PM  
Blogger sinar_mentari said...

tabah la wahai kawan ku ....aku juga sgt mengerti perasaan mu kerana aku juga pernah kehilangan insan tercinta .....

February 26, 2015 at 12:17 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home