setanggibiru@ hati lara.............

tiada niat menagih simpati orang tetapi apa yang tertulis hanyalah luahan perasaan semata-mata... menulis di blog hanyalah untuk melepaskan rindu di hati buat arwah suami tersayang Adnan Bin Harun

Wednesday, August 12, 2009


anak-anak saya

9 Comments:

Blogger Sarimah Ramli said...

anak-anak yang manja..
along...very talkative, active , suka bertanya, kuat merajuk...selalu inginkan perhatian..

adik pulak...manja sgt2...talkative, suka bercerita..suka merajuk namun anak2 saya mudah dipujuk..

mereka permata hati saya...

August 12, 2009 at 10:04 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

mereka mcm kembar...selalu bila keluar org akan tanya kembar ke? kdg2 bosan dgn soalan begitu. saya ya kan aje.. even diaorg bukan kembar pun..
anak2 ekpress sorang setahun. nampak macam kembar tapi tak kembar..
tapi everything semua kena beli dua...

i love them very much..

August 12, 2009 at 10:06 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

sebelum tidur, mereka akan mintak saya peluk, cium...ucap selamat mlm...kena ckp sweet dream dn mcm 2 lg.
itulah buah hati saya...
seharian di pejabat rindu hanya tuhan yg tahu.ikutkan hati ingin melihat mereka berdua sentiasa di depan mata.tapi tulah...tuntutan hidup.semoga mereka sentiasa di dalam lindungan Allah selalu..
bila balik kerja selalunya mereka berdua akan bercerita aktivti harian mereka sama ada di sekolah dan tadika.. sehinggakan saya dan hubby tak boleh nak bercakap lagi. hehehe...
tetapi menatap muka anak2 sungguh membahagiakan hati seorang ibu...menatap sinar mata itu sungguh menenangkan perasaan...

August 13, 2009 at 2:00 AM  
Blogger Sarimah Ramli said...

tanpa disangka tanggal 24.10.2009 dia pergi mengadap Ilahi. abang pergi jua meninggalkan aku dan anak-anak. sukar digambarkan perasaan ku ketika itu. terasa separuh dari diriku terbang bersamanya...tuhan bantulah aku..

November 30, 2009 at 9:15 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

hampir 6 bulan dia pergi meninggalkan aku dan anak2. aku sangat merindui...terlalu merinduinya..Tuhan bantulah aku yang lemah dan tidak berdaya ini...
namun sehingga ke hari ini aku masih merasakan dia tetap ada bersama-samaku...dia tetap berada dihatiku...semalam...hari ini dan selama-lamanya..
puas ku cari dia di mana-mana namun aku hampa kerana aku tidak mungkin ketemu dengan dia lagi..
mungkin apa yang anakku katakan setiap kali aku menangis ketika ke pusaranya.."mak sabarlah..abah tunggu kita kat syurga. nanti mak, along dan adik akan jumpa abah kat syurga.."

May 4, 2010 at 6:40 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

kenapa dugaan tidak putus2 menimpa aku...
puas aku tahan airmata ini dari jgan mengalir...tapi aku gagal...
tika ini aku sangat memerlukan dia...aku rindu memeluknya...aku rindu menumpahkan airmata di dadanya...aku rindu mendengar dia memujuk aku bila aku menangis...
Tuhan...lemahnya aku menghadapi dugaan ini..
tika ini aku sangat memerlukan dia..tapi yang ada hanyalah kawan2..
abang....imah redha...imah tahu imah sudah kehilangan abang selama-lamanya...tapi abang tetap ada di dalam hati imah selama-lamanya..abang tetap ada di hati imah..
Ya Allah...berilah aku kekuatan...

July 7, 2010 at 5:06 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

aku ingin menjadi ibu yang terbaik untuk anak2ku...
aku tahu anak2 sudah kehilangan abahnya...abah yang sangat rapat dan amat penyayang...tapi inilah suratan hidup kita anak2ku...inilah takdirnya...inilah yang tertulis untuk kita...
cuma satu yang mak harapkan...berusahalah menjadi anak2 yang terbaik untuk mak...dan mak juga berjanji mak akan menjadi ibu yang terbaik...
rindu untuk abah kita sama2 simpan sama2...di lubuk hati yang paling dalam...insyaAllah kita akan bertemu abah jua nanti sayang..

July 7, 2010 at 5:17 PM  
Blogger Sarimah Ramli said...

aku rindu dia...

July 7, 2010 at 5:19 PM  
Blogger masyitah said...

Allahuakbar...itu saja yang mampu aku luahkan...

October 12, 2010 at 7:54 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home